Travel Trouble Part 3

Salam to all...
Nak sambung citer part 3 ni punya lah lama ambik masa kan...hmm...

MUSLIM IN HONG KONG
Alhamdulillah rombongan kami bekesempatan melawat 2 buah masjid yang berada di Kowloon & seberang Pulau Kowloon. Untuk pengetahuan semua, Masjid-masjid yang terdapat disana diselenggarakan oleh orang luar, iaitu dari Pakistan dan Indonesia. Kagum okay dengan orang-orang Indonesia ni, diorang akan ada dimana-mana sahaja di pelosok dunia. Walaupun bukan dari negara sendiri, tapi mengenangkan Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan saudara sesama ISLAM, aku bangga.

Teringat dialog dalam HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH "Aku orang Indonesia,kalau tak penuh ilmu di dada takkan sampai ke Puncak Everest". Hassan Mutalib punya cerita...hahah.


Sewaktu di masjid kami sempat berkenalan dengan pengurus besar Masjid Kowloon, Ustaz Haq... Ustaz Haq berkebolehan bertutur dalam 5 bahasa iaitu URDU, ENGLISH, ARAB, CANTONESE & FRENCH. Kami diberitahu bahawa kebanyakkan pengunjung Masjid ini adalah dari pelancong dan pelajar universiti berdekatan. Pihak MASJID UIAM jugak menugaskan kami untuk menyerahkan Al-Quran kepada pihak MASJID BESAR KOWLOON. 


Ustaz Haq
Khusyu' betul dengor taklimat
ececeh....
cuba cari saya....

MAKANAN HONG KONG...
Nak jadi cam FARAH AF la... RASA HALAL HONG KONG versi U.knoWana... tekak aku ni bukan tahap international lagi...sebab aku memilih sikit untuk makan2 benda-benda pelik. Mujur kat HK tak kena makan benda-benda pelik, cuma style hidangan dia sikit lain (macam cina kat MALAYSIA) diorang makan lauk dulu...nasi datang kemudian. Lauk diorang datang satu-satu...kalau sesapa lambat memang tak dapat rasa la... kebanyakkan makanan kami ada nasi, mana taknya... tour agency kami ambik tender dengan Pakistani... Shah Rukh Khan punya gang, hari-hari beriyani...hahah... kari dia boleh tahan la...

muka lapo tunggu makanan
Nasi....
Breakfast @ hotel
fuhh...

PENGALAMAN
1) Malu nak mengaku pegi HK adalah pengalaman pertama naik belon (kapal terbang). Mujur pilot professional & cuaca agak baik. Macam naik feri apabila di lambung ombak bila nak terbang dan nak mendarat. kecut sikit perut... kekeke...
2) Don't put trust 100% on your travel agent terutama dari RM TRAVEL. Maklumlah, nak cari pakej murah dan jimat sampai terlupa welfare diri sendiri seperti bayaran untuk luggage yang sepatutnya dibeli awal oleh travel agent. Tak pasal-pasal kena collect RM28 kat airport... aigoo. Bayar individual pulak tuh... Tapi aku puji la pihak penerbangan di HK, agak mesra pelanggan berbanding di Malaysia bila luggage kami dikira dalam GROUP. Pastinya lebh JIMAT!
3) JANGAN LUPA CEK WALLET/ PURSE! waa... kalau ingat, memang menyesal tapi bila fikir balik ''dah tak da rezeki" dalam purse ada duit lagi HK250...dan aku dah kat airport waktu perasan benda tu...aigoo! patutlah orang kata kalo pegi melancong JANGAN MENYESAL DUIT HABIS, MENYESAL ADA DUIT LEBIH TAK BELI...haha..
4) DAYS WITHOUT CELLPHONE! buleh je hidop tanpa henpon. kekeke... Bila tak ada tepon, baru kita rasa responsible & betul-betul jaga masa. yelah...kalo lambat kena tinggal (walaupun group mate muka cam tertelan anai-anai sebab kita lambat) tak tinggal pun.
5) SENSE OF BELONGING: Honestly saya nampak each of us ada semangat kekitaan & persahabatan. Bila ada kawan-kawan yang sakit (CNI berguna jugak kekeke...) yang tertingga (asyik tengok fridge magnet murah). Belanja fries McD & macam-macam lagi.


BERJIMBA-JIMBA SEBELUM PULANG...
  KAMI KAKI MERAYAU

lencai & lengloi
 You are beautiful... jeongmal
woah...panglima harimau berantai...ahaks

PHOTO MANIA!!
Kenangan 3 hari yang akan terpahat untuk selamanya... thank you korang for everything... mudah-mudahan korang SUKSES dalam hidup di masa hadapan...

"KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH PLAN PEGI KOREA PULAK NANTI."

photocredit to: ahmad zaki zainul, shakina mohd said & tuan nor shazni tuan muda


Comments

shazni hj muda said…
giler lame ko nk smbung entri neh..kesah HK dh basi masuk arkib dah...keke...anyhow..rndu plak kt seme...kt HK... I LURVE HK..kekeke...thanks dearie...May Allah grant us da msooth sailing of everything :D
UknoWana said…
alah...aku dh tak da entry... jdi aku tulisla sal HK..hehe
Anonymous said…
muqadimah dah ada alQuran, tapi lagu korea plak.. huhu..

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

korea plaza la pulop!

Exam Mode!