Tuesday, March 8, 2016

ASTRO oh ASTRO

Salaam All...

Nak bagitau ni... Mac 2016 banyak sungguh cerita menarik di ASTRO, sampai tak sempat nak tengok. Mujur ada ASTRO PVR. Tapi siaran ada jugak siaran yang bertindih hmm...

Come Back Mister!
Kena tengok sebab ada Rain Oppa

Walaupun cerita macam mengarut, tapi untuk gelak-gelak boleh layan.
Body-switched! hahahah Rain!


Decendant's of the sun
Our Song Joong Ki!
Drama ni menarik sebab kisah percintaan antara dua kerjaya yang sama-sama berkhidmat untuk negara, noble work. Mengupas kehidupan seorang Askar upahan dan Doktor bedah.

"Awak mesti tak ada pakwe sebab awak terlalu sibuk" -Askar
"Awak mesti tak ada makwe sebab terlalu penat"- Doktor


Uda dan Dara
Zul Ariffin in the house!

Kisah percintaan sejak zaman remaja, namun terpisah agak lama dan bertemu semula. Si jejaka pernah melukakan hati si dara. Luka yang masih berbekas cuba dirawat oleh si jejaka. Namun hati si dara masih belum terbuka.


Six Flying Dragons
:: Yoo Ah In & Byun Yo Han::
Drama epik berlatar Era Joseon di mana pembinaan sebuah negara baru selepas Goryeo telah musnah. Pergolakan politik antara Ayah dan anak.


Aku Bukan Bimbo
Shahezy Sam... hmmm 
Aku tak faham sangat cerita ni, tapi sebab ada latar tempat di Korea, aku pun layan. hah! rasa Bimbo sangat..


Thursday, January 28, 2016

Ladies Night pulak...

Salam all!

Good Morning!

Alhamdulillah semalam berkesempatan untuk menjamu selera di Cabai Kering Steamboat & Grill di Seberang Jaya. My expectation quite high, I thought that place would be like Seoul Garden, haaa padan dengan harga la cik kak oii!

Semalam promosi untuk wanita, Ladies Night okay! yang pergi pun semua wanita sejati kann..

Harga biasa : Sekepala RM22.90 

Ladies Night : Sekepala RM19.90 (ladies only)
Promosi untuk pekej Ladies Night (Free)

1) Dua wanita dewasa dapat seekor ikan (kerapu / siakap) masak tiga rasa atau masak pedas
2) Ais Krim lima perasa
3) Nasi Goreng atau Roti Telur leleh (Dua-dua sedap baq hang!)

Taukeh Cabai Kering sangat baik, siap nak tolong ambikkan gambar kitorang




Korang tengoklah gambar dibawah ni...



Kalau berkesempatan, singgah laaa...

Wednesday, January 27, 2016

Achiara & Manse

Salam all...

Pernah tak korang rasa sedih kehilangan haiwan peliharaan?

Bagaimana perasaan korang?

Rasa biasa " alah... lumrah la tu"

Rasa sedih "kenapa pergi dulu?" ececeh

Straight to the point please!!


Okaylah, akak ada bela dua ekor kucing tempatan. Akak namakan Achiara (Sempena drama Korea Achiara's Secret) dan Manse ( Macam pelik nama tu untuk kucing betina kan... actually Manse means Long live or Free Spirit) *memang free spirit, buas kot!

Last week Achiara mati sebab kena langgar. Achiara ni memang sejenis kucing yang baik, masa kecik-kecik dulu bila bagi mandi tak penah bunyi, dia redha ja. Achiara kena langgar depan rumah. My mum was very sad. She cried all day long.

Kenapa aku pun rasa sedih? Bila tengok gambar Achiara dan ingat keletahnya air mata laju ja mengalir, rasa loser sangat! hahahah


We are focusing on Manse, now she has a privilege to enter our house. Pity Manse, she keep searching for Achiara.

Manse! Be strong.

Himnaeyo Manse!

Goodby Achiara, Please wait for us during Mahsyar... Help us to get in Jannah