Black Korean Drama

Nak buat kdrama review sikit buleh dak?
Tak buleh pun nak buat jugak Hahahha
Musim kdrama sekarang ni banyak kisah percintaan dua Alam. Ni Mungkin bermula dengan Drama Goblin (sebab Goblin ja banyak orang perasan) hahahah
Drama Black 



ni berkisar kisah seorang perempuan yang boleh melihat kematian. kang HaRam ni boleh nampak tanda-tanda orang tu nak mati dan dia cuba untuk ubah Takdir kematian orang tu. Sampai dia pun ditakdirkan jumpa dengan seorang Malaikat Maut yang sedang cari rakannya yang lari semasa kutip roh. Malaikat maut ni nama dia 444 (sa sa sa) mati mati mati. Malaikat ni memang jenis kejam dan tak da perasaan.
MISTERI HAN MOO GANG DITEMBAK 
Waktu Kang HaRam nak selamtkan orang yang nk mati, dengan bntuan Hang Moo Gang, Han Moo Gang telah menerima satu panggilan misteri dan akhirnya dia ditemui mati ditembak di Kepala. Pada waktu yang sama malaikat maut ni pun ambik kesempatan untuk masuk ke dalam tubuh Han Moo Gang dan menyamar sebagai Han Moo Gang. Lama jugak Hang Moo Gang ni Acah2 hilang ingatan. Hang Moo Gang yang sebenar sangat lembik tapi bila si Malaikat maut ni ganti, dia jadi sorang yang kental. Unit yang dia duduk dulu unit paling teruk di balai polis bertukar jadi unit penting. Episod pencarian pembunuh Hang Moo Gang dan terbongkar pembunuhan Kim joon bermula di sini.
PLOT TWIST 
Dari permulaan drama anda akan tertanya2 siapa pembunuh sebenar dan motif pembunuhan. Setiap watak dalam tu berlainan cerita tapi berkaitan dan mengapa Han Moo Gang di tembak serta siapa KIM JOON dalam hidup Han Moo Gang.
Tengok drama ni teringat pulak Achiara Secret
Boleh tak nak letak Nama Kucing Mujin Haha
Sedih plak drama ni habis. 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO oh ASTRO

Ladies Night pulak...