Sunday, April 24, 2011

Travel Trouble part 1

Salam to All... kyaa...lama rasa tak update blog ni...hmm... sawang pun dah makin tebal sampai tak nampak sign 'new post' kekeke....

Alhamdulillah...berberapa hari lepas sempat ke Hong Kong (20-23 April 2011)... first time for oversea trip (selain Thailand) kekeke...

APA YANG BEST DI HONG KONG?
Pertama kali dengar Hong Kong... tiba2 rasa cuwak... sebab selalu di momokkan dengan cerita yang kt HK ni tempat yang menakutkan banyk gangster & mafia...kekeke... Mujurlah, tak ada apa yang jadi kat sana.

TEMPLE STREET NIGHT MARKET
Terletak berdekatan Hotel (CARITAS BIANCHI LODGE). 10 minit perjalanan dari hotel ke Temple street membuatkan ia menjadi tempat kunjungan tetap setiap malam selepas habis program.
suasana ala-ala PETALING STREET kat Malaysia. Terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai cenderamata untuk dibeli para pelancong yang datang. Jangan percaya pada label harga kerana anda pasti dapat lebih murah kalau pandai tawar menawar contohnya kalau HKD100, anda boleh dapat dalam harga HKD30 ataupun kadang-kadang HKD15. Tetapi, MESTI BARGAIN & BUY! kalau tak, silap haribulan, tak dapat balik. woah. Setiap kedai ada harga yang berbeza, jadi jalan2 di semua kedai terlebih dahulu baru beli untuk lebih selamat.
 
U.KnoWana melaporkan dari Temple Street Night Market untuk Prolifique TV...
 LADIES MARKET
 Suasana lebih kurang Central Market... kekeke...kat sini harga barang2 lebih kurang sama dengan Temple Market, tapi peniaga disini lebih agresif! wah! tak leh blah... kalau betul2 berkenan baru start bargaining, kalo tak... memang tempah bala...kekeke... diorang akan tarik kita & paksa beli juga. fuh! Ladies Market buka setiap hari, bermula jam 12 tengah hari... by the way, Hong Kong dan Malaysia tak ada perbezaan masa. sama ja...

THE PEAK TRAM
Aku difahamkan ini adalah salah astu pengangkutan awam di Hong Kong dulu2... lebih kurang macam kat London. Tram cuma ambil masa lebih kurang 8 minit dari dari bawah ke puncak. Subhanallah... pemandangan yang amat menarik! kebetulan aku duduk sebelah tingkap dan tepi Waaniy Lavender... bercerita pasal plan untuk datang semula ke Hong Kong untuk Honey Moon!! kekeke... Yunho oppa! kita datang THE PEAK ye nanti...ngee~
Hong Kong view from THE PEAK
TRAM (model: SOFIA BAHARIN)

STAR FERRY/ HARBOUR CITY
Alhamdulillah berkesempatan menaiki Ferry pusing2 sekitar perlabuhan yang terdapat di Hong Kong. Caj yang dikenakan berbaloi sebanyak HKD60 untuk durasi 60minit. Mula-mula naik, diri ini sangat teruja... siap angkut kerusi duduk kat dek depan... tapi tak perasan yang aku ni mabuk laut rupanya... ferry bergoyang sikiy, aku dah nak termuntah.... macam biasa, kalo dah budak UIA ni, pantang jumpa foreigner, mesti nak test power speaking their native language... Aku salut kat Kinah ngn Wani, pantas belajar bahasa kantonis, dan apply. aku nampak wajah impress mat salih yang naik ferry sama2 kami. Mula2 Kinah cakap kantonis, pastuh, cina tu tak faham, yelah... dia guna mandarin. Wani ambil alih, pastuh ada mamat Morocco tegur, Noni pulak ambil alih cakap arab... bangga kami...kekeke... kalo ada korean, aku nak sampuk sekaki la...ngee... By the way! We also proud to wear BAJU KURUNG berjalan sekeliling Kowloon untuk seharian!
Kami bangga berbaju kurung di HONG KONG!
Kabus~ angin sejuk... kya~
Credit to Shakina Mohd Said
STAR AVENUE: LASER SHOW
Malam pulak, kami dibawa semula ke tempat yang sama, untuk tengok pertunjukkan laser, start lebih kurang dalam jam 8 malam, mengambil masa 12 minit... don't expect too mush from this show...tak ada la BEST! sangat...kebetulan pulak batteri kamera ni dah kong...tak sempat nak amek laser show... tapi..
Rasa cam model gitue...
Night view...
Bandar disirami cahaya...

tO bE cOntiNued...