[TAZKIRAH] RAMADHAN UNTUK KITA!

Salam to all..
RAMADHAN! RAMADHAN! RAMADHAN!
sekadar berkongsi, korang semua tahu tak, BULAN RAMADHAN adalah bulan untuk kita? Tahu? Alhamdulillah... mudah-mudahan kita tak mensia-siakan walau sesaat pun putaran masa dibulan ini (tp kita manusia...kelalaian dimana2) tak apa! sekurang2nya kita mencuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.
Sesungguhnya, MANUSIA tergolong dalam 3 GOLONGAN
  1. MANUSIA YANG CELAKA (MasyaAllah ayat aku.. tapi ini benar) ialah manusia yang HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM. hmm... NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK.
  2. MANUSIA YANG RUGI. Dimana manusia ini tiada peningkatan dalam hidupnya iaitu HARI INI SAMA SEPERTI SEMALAM. (alamak boringnya hidup asyik buat benda yang sama...haih)
  3. MANUSIA YANG BAHAGIA. Golongan ini, sentiasa berlumba-lumba untuk menaikkan darjatnya disisi Allah. HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM. Progressive dalam kehidupan.
Allah telah menyediakan pilihan bagi anak adam untuk menjadi ikutan dan panduan. Allah juga telah beri peluang untuk kita berjumpa dengan RAMADHAN... mudah-mudahan Allah berikan kita kesempatan untuk bertemu LAILATUL QADAR, malam yang baik dari seribu bulan. Jika seribu bulan bersamaan dengan 60 tahun lebih, alangkah bahagianya kita. InsyaAllah akan ke syurga.


dan...

terlalu RUGILAH anak adam itu apabila dia keluar dari MADRASAH RAMADHAN  tetapi DOSA-DOSANYA tidak diampunkan ALLAH.

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN... REBUTLAH peluang yang ALLAH BERIKAN untuk kita :)

Comments

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

korea plaza la pulop!

Exam Mode!