PEREMPUAN dan ..... (part 1)

Salam to all...
Sihat semuanya? Masuk hari ni dah masuk empat bulan aku jadi penanam anggur yang belum berjaya... kekeke
Disebabkan takde kerja yang sukakan aku, aku teruskan hidup yang sementara ini dengan berbakti kepada ibu, bapa, tok, jiran tok, maksu, jiran maksu dan jiran-jiranku jugak.

Alhamdulillah juga aku berjaya mencipta rekod iaitu 12hari solat tarawikh berjemaah & 1 hari solat subuh berjamaah di surau *clap*. Namun, apakan daya, PEREMPUAN... hari ke 13 dah 'RAYA'.
Jom-Jom ke topik sebenar yang aku nak share dengan korang ni pasal PEREMPUAN.
Sejak aku bercampur gaul dengan makcik-makcik & nenek-nenek ni baru aku tahu yang WANITA ni menggemari berberapa perkara:

BARANG KEMAS
dari subang, rantai leher, gelang tangan, gelang kaki dan cincin, semuannya nak kena ada...haih. Kalau pergi kedai emas berjam-jam nak pilih barang yang nak pakai. Tapi untung sebenarnya beli emas ni, harga dia kompem tak turun (emas kuning je la). Emas putih (Platinum) jadi pilihan zaman moden ni, harga mahal waktu beli, tapi bila nak gadai, tak ada harga...:( Aku pun berkenan jugak dengan gelang 'biji lada' tapi harga nak dekat 2k jugak.. simpan dulu hasrat..


SET PERKAKAS DAPUR
Bukan setakat pinggan mangkuk (ARCOPAL, CORELLE, MILAMINE), periuk belanga, bekas kedap udara TUPPERWARE pun orang pompuan ni suka sangat kumpul. Padahal tak guna pun. Kalau kat rumah tu, siap ada almari khas. Baru-baru ni kat kawasan aku ni, suri rumah sekalian menggilai VANTAGE! aish...semua benda nak vantage. ada pulak yang cerek yang tak guna dicat putih, lepas tu lekat pulak sticker bunga vantage kat cerek tu. Aigoo... kreatip...kreatip.
PERABOT
Bila barang-barang koleksi dah tak cukup tempat nak letak, mulalah idea nak beli perabot baru. Rumah dah tak ada ruang nak letak almari baru pun sumbat jugak. Itu tak termasuk bila nak RAYA. Set kat ruang tamu mesti tukar baru, kalau dulu sofa, sekarang tukar kerusi jati. Nenek aku pun baru beli perabot semalam sebab perabot antik sudah di makan incik anai-anai. Harus beli baru la kan...kalau tak mana pulak nak letak set pinggan mangkuk yang bersepah kat rumah tu. Mama pulak baru tempah set pinggan baru. kat rumah dah ada dekat 5 set. pakainya tak pun... Itu belum jengah LANGKAWI. kalau pergi sana, paham-paham je laa..

tO be ContiNued

Comments

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

korea plaza la pulop!

Exam Mode!