이드 무바락 Eid Mubarakh Selamat Hari Raya!!

Salam to All...
~dam dam dum... bunyi mercun... selamat hari raya~ (Antara lagu-lagu yang akan berkumandang bila hari raya...)

Alhamdulillah... selesai sudah kita melaksanakan hukum Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Macam mana Ramadhan korang? mudah-mudahan segala amal ibadah serta kerja baik yang kita laksanakan dibulan Ramadhan di terima Allah... Ameen.

Eidulfitri kali ni, marilah kita cipta suatu kenangan yang indah dan gembira bersama sanak-saudara dan sahabat handai. Jika direnungkan semula, waktu hari rayalah kesempatan yang ada untuk kita bertemu orang yang sebelum ni menghilang dan jauh dari pandangan kita. Medium terbaik juga untuk kita susun sepuluh jari memohon maaf diatas segala dosa. InsyaAllah, dengan mengeratkan silaturahim, hidup kita di dunia akan lebih bermakna.

"Disini, UknoWana ingin memohon MAAF, jika ada POST-POST yang mengguris hati. Terima Kasih kepada semua yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ini. mudah-mudahan UKHWAH yang terjalin di Jaringan Maya ini berkekalan selamanya"

panglima harimau berntai YUNHO ucapkan 
Eid Mubarakh...Maaf Zahir & Batin
Pandu kereta elok-elok...

Comments

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

ASTRO oh ASTRO

Ladies Night pulak...