Mai! lekaih!

Salam to all
Salam eid-ul-adha untuk semua!
Semoga Ibadah Qurban kita di terima Allah insyaAllah... hmm... hari ni rasa macam nak mengajar bahasa...heheh... saya tak pandai sangat mengajar, tapi tak salah jika mencuba...kekeke...
dulu pernah janji :p nak ajar bahasa Kedah (utara) bila ada permintaan... (bajet macam famous sangat)
takpa, jom kita belajar perkataan basic dalam bahasa KEDAH...

"Selalunya, bahasa kedah bila akhir perkataan 'R' mesti akan ditukar menjadi 'Q', kalau 'R' ditengah pulak akan jadi 'gh'. Orang Kedah, kalau mengaji Al-Quran, huruf 'kha' dan 'Ain' paling diorang cekap...biasalah ala2 PERANCIS hahaha" #SELALUNYA tak bermaksud SEMESTINYA.
CONTOH--> ular (ulaq), pagar (pagaq) rumah (ghumah), roboh (ghoboh) KALAU rapi, riak, ragut tak payah tukar ;)

::KATA GANTI DIRI::
  • AKU (close friend), KAMI (friend), CEQ (family, kepada yang lebih tua, tanda hormat)
  • HANG(closed friend), HANGPA/AMPA (friend)
  • DEPA (day-pa)= MEREKA
CONTOH AYAT:
"AKU tak suka HANG wat lagu ni"
"KAMI tak suka AMPA wat lagu ni"
"CEQ tak suka KAKAK wat lagu ni"
"Biaq pi kat DEPA, HANG tak payah dok kalut"

::KELUARGA::
#ayah dan mak, dipanggil serupa dengan bahasa baku. (ABAH, BAPAK,ABI, MAMA, UMI, MOMMY etc)
  • NENEK= (TOK) ATUK= (WAN)
  • AYAH/MAK SEDARA = PAK/MAK MENAKAN
  • ANAK BUAH ATAU SEDARA= ANAK MENAKAN, seterusnya sampai cucu, piut etc
GELARAN atau PANGKAT (susunan adik beradik)
  • ALONG/ANJANG (1st)
  • UDA 
  • CHAQ
  • NGAH
  • ATEH/TAM
  • ACHIK
  • ACU (last)
::TUKARAN WANG::
  •  SEKUPANG= 10sen
  • DUA KUPANG= 20sen---> sampai SEMBILAN KUPANG saja! pastu SERINGGIT, tak ada SEPULUH KUPANG...
::EKPRESI::
(na/no)> SELALUnya untuk PERINGATAN atau NASIHAT
---> belajaq elok-elok na...
(ka)> PERTANYAAN
--->hang dah sehat ka? / dah makan ka?
(aih)>MENGUATKAN AYAT
---> hensem sangat aih!/ malaih ngat aih!

#to be continued :)
YunHo: lagu mana blajaq ngan wana?
Yuchun: cikgu Wana, sila ajaq YunHo soghang ja... aku tak sanggup!

Comments

Fay said…
;) kena catat satu2 ni. hehe!
Shee said…
Terima Kasih Wana!
Kami akan belajaq sungguh-sungguhh!
Teruskan usaha~ kekeke

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

korea plaza la pulop!

Exam Mode!