Wednesday, November 2, 2011

J-Qaf oh J-Qaf

Salam to All...
Semoga Rahmat Allah sentiasa melimpahi kita...ameen..

Alhamdulillah diri ini dipilih mengikuti peperiksaan KPLI-SR JQAF (MTesT)... nak jadi chekgu! hahaha...
dengan hati yang terbuka, aku pon join exam ni. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki boleh digelar CIKGU pulak. Macam biasa, Omma dan Abuji yang akan menemani setiap kali aku ada interview atau apa-apa yang berkaitan dengan proses mencari kerja.

Sesudah subuh kami dah bertolak dari rumah, sebab tempat exam tu agak jauh dari rumah, lebih kurang dua jam perjalanan jugak. 8.30am dah kena ada kat sana. Biar kita tunggu tak apa, jangan kita yang ditunggu...cececeh..

Baiklah... exam bermula tepat Jam 9 pagi.
kami diberi masa 30 minit untuk setiap modul----> ANALITIKAL, INSAK, KUANTITATIF, ENGLISH & BAHASA MELAYU (VERBAL) = 2 JAM 30 MINIT
ouh... terkena pulak 1st modul aku kena ENGLISH!! hahahah.... dah la tak buat persediaan betul, dah tu banyak yang keliru.. Alhamdulillah selamat jugak jawab semua...

Yang paling TAK BEST bila kena jawab KUANTITATIF! huhuhu.... dah la dari zaman sekolah menengah memang tak minat nombor! apa lagi, baling dadu!! kekeke...
ALHAMDULILLAH semua berjalan lancar...

#Kalau menjadi pendidik tanggungjawabku, Aku redha Ya Allah.

No comments: