Tuesday, October 18, 2011

Pengalaman cari kerja part 1

Salam to all...
Semoga Rahmat Allah melimpahi kita semua...Allahumma Ameen.

Selesai Convocation 10 October 2011 aku rasa diri ni dah masuk fasa baru dalam kehidupan yang penuh cabaran ini... ecececeh.... yelah! masih dok tanam anggur lagi. Jadi keputusan diambil dengan mengajak member sekolah aku, Miss Syafa untuk ke PPD, nak apply GSTT. okayh.. Syafa ni town planner, aku social planner..hahah.

PPD Punya cerita...
Dengan penuh yakin dan tidak menoleh belakang lagi, kami mintak borang GSTT kat abang yang jaga kaunter.
"Abang, nak borang guru sandaran" aku
"Dah takda dik, sekolah pun nak tutup brapa hari ja lagi"abang kaunter
"Bila tutup?"aku tanya
"1 October"abang tu jawab
(dah 5 tahun aku tinggal sekolah, mestilah aku tak ambil tau sekolah tutup bila)

Lepas PPD kami terus ke PUSAT TENAGA KERJA a.k.a JOBMALAYSIA punya ejen untuk caw. SP.
kami pun isi borang hijau yang ada kat situ, tapi lupa pulak nak bawak resume. aduh! nampak benar xbersungguh2 nak cari kerja.
"Abang, esok kami bagi resume"janji kami kat abang kaunter tuh.
Sempat jugak menyelak iklan-iklan jawatan kosong yang ada...salin, jangan tak salin..

"where to?" soal aku
"lunch la... lapo"syafa
"Kepci?"
"okay...boleh call kat sana"

terus ke kepci...
call SWISS INN (F&B asst)
tuuttt.. tuutt...
"SWISS INN, may i help you"suara di talian
"Yes, may I speak to miss xxx"otomatik aku pun cakap omputeh hahaha
"She is off"jawab suara tadi

"Off daa... weyh! hari ni ahad meh... banyak opis tutup der"baru teringat
"weyh...ni kedah la call... MALAYSIA WOOD, S&O ELECTRONICS, LASER

kemana kita? budak-budak tanpa arah tujuan ...hahah
ECONSAVE!

Last-last balik macam tu je... esok kena datang pulak bagi resume...

No comments: