Sunday, September 4, 2011

::kemalangan kecil::

Salam to all...
hmm...entah, beberapa hari lepas, kepala otak aku ni asik dok teringan pasal kemalangan... ish, bukan nak cakap yang aku ni ada sixth sense ke apa, tapi minda jugak memainkan peranan untuk kita merealisasikan sesuatu. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal kekuatan minda. Nak cerita pasal kemalangan kecil yang menimpa aku dua jam yang lalu...

Hari ni, hari aku bermula dengan aku tertinggal solat subuh. Dah tu selalunya aku akan baca SURAH AL-IKHLAS sebanyak 3x, dan siap bacakan untuk my passenger lagi. tapi dah 3 hari aku tinggalkan amalan tuh. Hamek Kaw! Allah nak tegur, terus ada orang hentam kereta aku...
kereta aku...

keta uncle tuh...

tercengang takyah cakap la, aku diam je...mama yang marah uncle tuh. Tapi memang salah dia. Dia nak keluar simpang, aku atas main road, jalan straight lak tuh... mesti lah aku tak hiraukan orang kat tepi simpang tuh... First thing to do is call abah, abah pulak keja jauh. *Abah tinggal tepon kat umah waktu pegi keja pagi tadi, mujurlah dia patah balik ambil tepon tuh... kalo tak...memang kami tatau nak wat apa.

Abah pulak call Pakcik Samsuri dengan Abang E (jiran kami). Alhamdulillah diorang datang bantu, abah plak lambat nak sampai sebab dari Serdang/Bandar Baharu. (TQ Allah, sebab kurniakan jiran-jiran yang prihatin & bertanggungjawab) Tq jugak kat jiran-jiran.

Uncle India yang langgar kereta aku tu, setuju nak bayar ganti rugi. Okayh... everything dah di settlekan oleh Pakcik Samsuri & kawan2nya.

2 comments:

purplekyu^_^ said...

orang m'sia rupenyer msih ade yg prihatin...
haritu kereta masuk longkang...
ramai2 tolong...
hehe XD
p/s : tp bukan sy yg bawak kete...
sy bawah umo :D hehe

eliana_adnand said...

ya Allah.. hati2 drive wana.. tp tu laa, bila kite beringat, org len mungkin x beringat.. -.-'