Three Month! Confirmed!

Salam to all...
Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat ye. Jaga kesihatan tau.

Alhamdulillah last week genap 3 bulan kerja, Setelah hampir tujuh bulan menganggur, aku telah diterima kerja sebagai PRODUCTION CLERK. Bekerja di kilang. Gaji biasa2 je, tapi sangat cukup untuk puaskan diri sendiri dengan amaun gaji sebanyak itu. Last week aku dah CONFIRM!
Dah dapat uniform! yay!

Oh ya! Kerja di Kilang Lilin ni memang mencabar sikit, sebab PANAS! tak ada AIR-COND! walaupun saya CLERK, but I don't have my own office (sebab clerk before ni banyak cabut lari)

TUGASAN PRODUCTION CLERK
  • e-Mailing
  • Sorting files
  • key in TRANSFER, RECEIPT, ISSUE documents USING HRMS (Systems)
  • Prepare documents
  • Photocopy, Laminating
  • walk around :p (suka bila xda kerja, jalan2 tengok candle comel!)
Boleh tak kata yang aku lebih kepada SECRETARY dari CLERK? sebab semua benda aku kena ambil tahu...
okay lah... contoh, setiap CANDLE perlu ada 3 documents like PRODUCTION PROCESS, STANDARD PROCEDURE & QUALITY CERTIFIED PROCESS. My job is NOT ONLY type in, tapi kena tahu fungsi dan kenapa bahan-bahan itu digunakan. Dan aku juga PHOTOGRAPHER!

PERTAMA KALI
Bekerja memang betul-betul teruja, tambah-tambah tengok lilin comel (sebab kilang tu buat ART CANDLE) dari bentuk LOLIPOP, KASUT KACA CINDERELLA, LADY BUG, CLOVER, PUMPKIN. Yang paling best, ada candle bentuk CAKE! Bila kita bakar nanti akan kuar perkataan "MAY UR DREAMS COME TRUE".

WORK ETHICS
Every morning kami akan baca MOTTO, pagi tadi aku sempat lead diorang baca, hehehe... #sayaGILA2walauDIMANAsayaBERADA. Japanese work ethics memang STRICT! Jangan harap boleh nak berFACEBOOK (tapi aku men ikot mobile fon :p)

COLLEAGUE
Alhamdulillah, weeks 3 aku dah boleh blend dengan pekerja kat sana. SERONOK! sebab diorang TAK LOKEK ILMU, tanyalah waktu bila pun, diorang akan jawab. SUKA sangat kawan dengan diorang.

PRAYER TIME!
Alhamdulillah, as a clerk, aku tak perlu nak rushing pergi solat sebab aku boleh solat ZUHR bila-bila masa yang aku nak. Selalunya aku akan lesap jam 2.45pm.

MENCARI...
Sapa yang tak mahu kerja yang sesuai dengan tahap pendidikan yang dia ada, tapi mungkin REZEKI aku untuk tu sedikit lambat, aku redha dengan takdir ALLAH, lagipun kita tak boleh pilih kerja. Lagipun, BIARLAH GAJI SIKIT, TAPI MAK BAPAK DEPAN MATA. Kalau diorang sakit, aku ada. (walaupun kadang2 aku tak membantu)

"SIAPA YANG TAK PERNAH CUKUP DENGAN SEDIKIT, TAKKAN PUAS DENGAN YANG BANYAK"

Comments

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

korea plaza la pulop!

Exam Mode!