Saturday, July 14, 2012

Wisata Medan : Part 1

Salam to all...
Fuh! lama tak update blog ni...
Kembali berkongsi pengalaman di disini! yay! Sebelum tu, nak ucap Ramadhan Kareem to all! (awal sangat ke?)

Alhamdulillah, weekend lepas sempat terbang ke Medan, Indonesia. Tujuan asal nak bawak Mama naik kapal terbang! muahaha... tak da lah, kadang2 kita kena berubah angin sikit. hmm... destinasi kami pilih ialah MEDAN! Sebelum pergi sana, abah dah pesan yang Medan buka tempat yang rileks sebab kat sana kotanya sangat padat. ::MENTALLY PREPARED!:: kekeke...

Flight kami jam 4.30pm. Dari Penang International Airport, Penang Malaysia - Bandara Polonia Airport, Medan, Indonesia. Perjalanan kurang 45minit sebab cuaca elok. Jam 5.20pm kami sampai dengan selamat. Waktu Medan lambat satu jam, jadi kami mendarat jam 4.20 waktu tempatan. Jimat Sejam! muahaha.. oh ya! kami naik Air Asia everyone can fly! hihi... return ticket RM400. Sebaik naik kapal terbang diorang pasang lagu Bring the boys out! #tetiba rasa macam nak fly ke KOREA plak kekeke....

BANDARA POLONIA INTERNATIONAL AIRPORT, MEDAN 
::PERINGATAN::
1) Jaga beg anda! (kalau boleh angkat sendiri bagasi sebab kalau orang lain tolong angkat, maka ia bukan percuma) teeet
2) Tanya dulu harga tambang taxi yang bawak kamu. kalau dari Bandara Polonia airport ke Grand Sakura hanya RP50k bersamaan kurang lebih RM15.

Di Medan, kebanyakkan mereka memandu Toyota Avanza dan Innova. Tapi untuk Innova diorang panggil KIJANG INNOVA.

KESESAKAN DAN KEKALUTAN DAH JADI KEBIASAAN DI MEDAN

PENGALAMAN 1:
Pertama kali datang Medan, tanpa tourist guide. Kami hanya ikut Abah, sebab dia dah sampai sini untuk kali ke lima! Dalam perjalanan ke Hotel Grand Sakura. Kami menaiki Avanza seorang lelaki usia pertengahan. Memang ramah, cakap pun lemah lembut. Dia beritahu yang dia selalu bawa pelancong dari Malaysia dan ada kenalan di Shah Alam. Dia offer kami ke Danau Toba (pergi-balik hari yang sama) RP1.2juta. Murah katanya, kalau ikut service hotel lagi mahal. Mama pun terus pujuk abah untuk ambil pakcik tu. Tapi abah macam doubted untuk ambil tapi bila tengok pakci tu kami rasa kesian. So we made a deal with him... Jeng Jeng Jeng...Sampai kat hotel, lepas pak cik tu blah, abah tanya driver hotel tu harga ke Danau Toba berapa kalau balik hari. Supir itu kata hanya... RP700K! aduh!!! mujur tak sampai hari esok lagi.
okay, abah call pak cik tu untuk cancel deal esok... tapi! Pakcik tu claim Rp100k  kat abah dengan sebab dia dah isi minyak. Wah! kau dah tunjuk belang kau ye pakcik... Sebabkan tak nak panjang cerita abah cuma bayar Rp50k
MORAL OF THE STORY: Luar baik, tak semestinya Isi elok! 
 
Makan Time!
DINNER DAY 1 (NASI UDUK a.k.a NASI LEMAK)
UNIK! ADA MANGKUK CUCI TANGAN

 AYAM MASAK ASAM PEDAS (Rp15k)

 KANGKONG (Rp6k)

 PECEL LELE (Rp 14k)

 CLOSE-UP! lol
 JUS MARKISA (Rp 7K)

Lepas makan malam tu jenjalan sekitar MERDEKA WALK. Kebetulan malam tu ada EXPO menyambut kedatangan Wali Kota Medan. Malam Melayu Agung. Sempat beli buah tangan sikit.

TULIS NAMA ATAS BANTAL...

to be continued~

No comments: