Barakallah...

Salam to All...
Kabare semua? Waras? hahah...

agak lama tak updet blog ni. harini nak kongsi cerita pasal KENDURI KAHWIN.. biasalah cuti2 skolah ni memanglah sinonim dengan kenduri. Zaman sekarang ramai yang guna khidmat katering sebab mudah dan tak payah banyak fikir sebab semua dah ada orang kelola. Tapi... siap duit la...

PAKATAN
ada juga yang masih gotong royong tapi atas nama PAKATAN. kalau tak silap every month ada fee yang kena bayar, ikutlah berapa kenduri yang nak ambik. selalunya ahli pakatan akan sediakan barang2 macam kueh2, bunga telur dan telur. semua akan dibahagi ikut biro (kalau tak silap). Siap ada baju tema untuk diorang. My mom cakap PAKATAN ni rumit sikit sebab kita kena turun setiap kenduri ahli. 
4 disember 2010 lalu jiran sebelah umah buat kenduri kahwin. Memilih untuk tak guna khidmat katering, guna sistem gotong-royong macam kat kampung... suasana memang meriah, tambah-tambah ada pondok kecik kat depan rumah, kat situ tempat semua berkumpul buat kerja.
2 DISEMBER 2010
memang bes dapat tengok proses buat kueh tradisional. mama kerja, jadi aku pun jadi 'wakil' pegi menyibuk...hahaha



Wajik @ Pulut Kacau

3 DISEMBER 2010
esoknya kenduri, jadi hari ni memang ramai yang turun padang membantu, tambah-tambah pulak kejiranan aku tu ramai cikgu dan kakitangan kerajaan yang lain hari jumaata pulak hari cuti, kerja-kerja bermula seawal jam 8.30 pagi. Mama pulak ambik cuti hari tu.
'NASI SOROK' pernah dengar tak? haa... zaman sekarang dah tak ada, Nasi sorok akan dihidangkan pada semua yang buat kerja. Sama-sama masak, sama-sama makan. menu hari tu 'GULAI NANGKA'. orang kedah kalau dengan gulai nangka memang pecah kepala. tapi aku tak sempat jamah sebab pegi kenduri rumah member sekolah. haa... ada sesuatu yang aku sangat kagum dengan jiran2 aku ni. diorang sangat komited dengan kerja. kalau letak seguni bawang memang habis bawang tu diorang siangkan.GOOD JOB!




 Gulai nangka siap!



4 DISEMBER 2010
"SELAMAT PENGANTIN BARU" percaya tak? Lagu I HAVE NOTHING versi JYJ berjaya aku selit untuk kenduri kali ni? termasuk dengan seleksi lagu2 pengantin dalam thumbdrive aku.










Comments

Unknown said…
ahahhah.....pasang lagu I HAVE NOTHING versi JYJ..berjaya..kekekeke
UknoWana said…
2la... nak jugak selit korean elements..hahha

Popular posts from this blog

Black Korean Drama

ASTRO oh ASTRO

Ladies Night pulak...