:PTPTN: Ujrah
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN CONVERSION UJRAH A. PERMOHONAN/TAWARAN 1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%? Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut : i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain) 2. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah? Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian. 3. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon? Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah. 4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat t...