Al-fatihah buat SH. RAHEEL & SH. HASANAH
Salam to all, pg ni aku dikejutkan dgn panggilan menyatakan bahawa rakan sekolah telah kembali ke rahmatullah. Arwah terbabit dlm kemalangan dekat ipoh. bergetar jantung...
''SESUNGGUHNYA, MAUT ITU DATANG TIBA2 & XKENAL USIA" Mungkin harini ajalnya, mungkin esok @ detik seterusnya.. kita akan pergi menghadap PENCIPTA...
al-fatihah
10 maut bas ekspres terbabas
Ipoh 26 Dis. - 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.
Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya.
Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah.
Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.
Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:
1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
10. Shaharin Mohd Noor (Klang)(sumber: mstar online)
Comments