PEREMPUAN dan ..... (part 1)
Salam to all... Sihat semuanya? Masuk hari ni dah masuk empat bulan aku jadi penanam anggur yang belum berjaya... kekeke Disebabkan takde kerja yang sukakan aku, aku teruskan hidup yang sementara ini dengan berbakti kepada ibu, bapa, tok, jiran tok, maksu, jiran maksu dan jiran-jiranku jugak. Alhamdulillah juga aku berjaya mencipta rekod iaitu 12hari solat tarawikh berjemaah & 1 hari solat subuh berjamaah di surau *clap*. Namun, apakan daya, PEREMPUAN... hari ke 13 dah 'RAYA'. Jom-Jom ke topik sebenar yang aku nak share dengan korang ni pasal PEREMPUAN. Sejak aku bercampur gaul dengan makcik-makcik & nenek-nenek ni baru aku tahu yang WANITA ni menggemari berberapa perkara: BARANG KEMAS dari subang, rantai leher, gelang tangan, gelang kaki dan cincin, semuannya nak kena ada...haih. Kalau pergi kedai emas berjam-jam nak pilih barang yang nak pakai. Tapi untung sebenarnya beli emas ni, harga dia kompem tak turun (emas kuning je la). Emas putih (Platinum) jadi pilih...